Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Sunday, January 2, 2011

Dua Alam

Wanita,
engkau cepat tapi lambat,
bila rajin, engkau malas,
bila malas, kau terbayang- bayang,
mengharapkan kemewahan datang melayang- layang,
sedarlah perempuan kau puteri di negara yang papa.

Lelaki,
kau buta, tapi panjang akal,
cuba berdikari sambil memuaskan nafsu diri,
engkau lumpuh bila berdiri,
engkau melambung bila dijulang,
nafsumu satu peganganmu satu,
menjadi penghulu melepaskan rindu.

Engkau dan aku saling melengkapi,
walau berpisah akan kutemui,
bertemu juga kita dihujung dunia,
beriuh dunia yang kekosongan.

Tuesday, October 5, 2010

Muka Buku

1. segala maklumat telah ku dedahkan.
2. segala foto aku tayangkan.
3. segala masalah aku bentangkan.
4. segala nasihat aku hadamkan.
5. namun aku belum pasti apa motifnya.
6. seronok aku menghadapmu sehinggakan aku lupa dunia realiti.
7. selalu aku lihat kau rosakkan bangsaku dengan melagakan2 mereka.
8. kau jadikan mereka berani di dalam kelambu, pengecut bila bertentang.
9. Mari bangsaku, kita gunakan ia untuk martabatkan bangsa kita...

Monday, August 16, 2010

Warisan Melayu

WARISAN

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

Buluh Runcing

1-Buluh runcing menikam badan kebal
2-Badan yang kebal alah kepada buluh runcing
3-Dia menyimpan taming sari tanpa menggunakannya
4-Tuah kebal kerana Taming Sarinya
5-Jangan kau anggap buluh runcing itu mampu membunuhnya
6-Beribu hulubalangmu berada di tanah ini menanti tikaman Taming Sari pusaka bangsaku

Monday, August 9, 2010

Tamat

1. sudah habis
2. penyesalan timbul
3. biar dia sahaja merana
4. aku tidak akan memulakannya sekali lagi
5. jika ini penamatnya, aku pasti akan gemilangkannya

Dibeloti

1.aku dibeloti oleh orang yang lama aku kenali
2.Mudah dia membelot apabila mendapat kawan yang baharu
3.sedangkan dia tidak membesar bersamanya
4.dia pasti akan dibeloti juga sepertimana dia belot padaku
5.aku tuntut apa permintaan ku terakhir agar dia hidup aman tanpa ganguan aku.
6.belot dari perjuangan, belot pada janji dan belot pada diri

Sunday, June 27, 2010

Buncit Kekenyangan

1. Menjadi isu apabila yang berkuasa berperut buncit.
2.Menjadi isu apabila yang kurus dikatakan tahi dadah.
3. Menjadi isu apabila yang pandai memijak yang bodoh.
4.Menjadi isu apabila yang lemah ditindas.
5. Apa guna semua isu ini diperbesarkan?
6. Engkau malas berusaha tapi rajin membangkang.
7. Engkau berprasangka buruk kerana engkau tidak berada sealiran dengannya.
8. Bergaduhlah.
9. Sedangkan sejak zaman berzaman lagi keturunan kita berbunuhan.
10. Engkau memberi aku menerima, aku memberi engkau mengata.