Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Tuesday, January 26, 2010

Guru kepada robot

1. aku guru kepada robot
2. disuruh salin mereka salin
3. disuruh diam mereka diam
4. aku merotan mereka menonggeng
5. aku menampar mereka menadah
6. aku bangga jadi guru kepada robot
7. robot itu bodoh,tidak bernyawa, tiada perasaan.
8. aku biarkan mereka bisu agar tugasku lancar.
9. aku menyekat kebebasan mereka agar aku lebih bebas.
10. aku lah guru hebat kerana aku belajar dari seorang guru yang lebih hebat dari ku

Aduan diterima

1. mengadu kepada pengambil aduan memang mudah
2. aduan dibuat di atas aduan orang lain
3. mengadu dari yang tidak mampu kepada yang mampu
4. berubah tidak juga kerana pengambil pengadu perlu mengadu sekali lagi
5. tingkat demi tingkat aduan menaik
6. makin tinggi tingkatnya makin kurang aduannya.
7. mengapa pemerintah perlu di tingkat atas untuk menerima aduan?
8. pasti tidak mahu badan dibau najis si pengadu kerna udara di atas lebih suci dari dibawah

Gagak Hitam Legam

1. hitam legam terbang di udara
2. laparnya mendarat di kaki jijik
3. mencari cerita memburukkan muka
4. mencemar kota najisnya merata
5. Tembak gagak itu, bunuh gagak itu
6. nescaya kita selamat dari kuman yang durjana.

Sunday, January 10, 2010

Agama Melayu

1. Melayu beragama islam
2. sudah sah dan terang tanpa disuluh.
3. islam itu melayu, cukup sinonim
4. jangan cuba pisahkan melayu dan islam kerana islam yang bangunkan melayu dari tidur.
5. jangan tidurkan melayu dengan padamkan islam dalam jiwa mereka kerana pasti mimpi tidak akan sempurna.
6. Tiada agama se-universal islam.
7. berlembut apabila dipijak.
8. memberi bantuan kepada musuh apabila di ambang kehancuran.
9. sedarlah, agama bukan politik tetapi agama yang harus menjaga politik.

Sarang Tebuan

1. sihatnya tebuan tidak diganggu.
2. bujurnya sarang tanda bahagia.
3. isinya penuh mengisi kemandiriannya.
4. menjadi manusia penuh sifat dengki.
5. pantang tebuan membujur bahagia pasti dijoloknya.
6. dibakar, diketuk semata2 hasadnya.
7. anak diambil dibuat umpan.
8. sedarlah manusia, kaum tebuan sudah disentuh kini kau membakar kebahagiannya pula.
9. jika aku tebuan pasti aku dan rakan ku akan menyengat.
10. sudah terhantuk baru menyesal