2. Negara Amerika, Britain, Australia bersatu kerana bahasanya
3. Malaysia tidak bersatu kerana tidak sama bahasanya.
4. Apa yang unik bila bahasanya seperti rojak?
5. Gunakan satu bahasa di Malaysia untuk satukan rakyatnya.
6. Kekalkan Bangsa dan etnik tapi ubah bahasanya.
7. Memandangkan majoriti rakyat malaysia adalah melayu, maka hapuskanlah bahasa lain di negara ini.
8. Hapuskan sjk(c), Sjk(t) untuk jadikan malaysia satu!!!
9. Mulakan dari sekolah rendah untuk kesan berpanjangan
10. Cadangan ini dibuat berdasarkan perhatian.
11. jarang rakyat afrika di US bercakap bahasa mereka disana.
12. Jarang bangsa cina bercakap bahasa mereka di indonesia.
13. Di Malaysia bila lagi??
14. Aku menunggu walaupun ada yang mati kerana isu ini.
15. Jika Prinsip Satu Malaysia dipegang, kajilah hal ini.
16. Maaf terbuka dari aku kerana bersikap prejudis.
Alahai saudara..
ReplyDeleteNampaknya saudara hanya melihat dunia dari pandangan saudara, cuba lihat dunia dari perspektif global dan bukannya bersifat lokal. Macam orang putih kata "Look global, work glocal..".
Konsep bersatu yang saudara ketengahkan pada negara Indonesia, Amerika, Britain dan Australia adalah suatu hujah yang samar-samar dan boleh sama sekali dipertikaikan.
Untuk pengetahuan saudara, negara Amerika bukannya bersatu di bawah naungan bahasa, tetapi bersatu dari aspek pendemokrasian selama 273 tahun, sejak zaman Apartheid lagi. Rangkuman masa yang lama itu menghapuskan aspek segregasi bangsa.
Aspek bahasa yang cuba saudara ketengahkan hanyalah bagai menanam benih jagung yang telah direbus.
Penggunaan bahasa ibunda orang kulit hitam di Amerika hilang bukan dek bersatu-padu, tetapi survival/ kemandirian mereka sejak zaman Apartheid lagi. Jika tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka mereka tidak mampu hidup.
Adakah saudara tahu, tentang penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika amatlah sesuatu yang amat menyedihkan. Golongan kulit hitam, tidak boleh berkongsi tandas dengan orang kulit putih waima duduk semeja untuk makan, mereka bagaikan hamba.
Saya terkilan apabila saudara menyarankan kita menghapuskan bahasa bangsa dan etnik yang lain, Sekali lagi apabila saudara berqiblatkan Amerika, mencontohi mereka, timbul satu keraguan yang munasabah. Boleh tak saudara senaraikan identiti apakah warga kulit hitam yang masih dikekalkan sehingga hari ini di bawah nama perpaduan selain warna kulit mereka? Tentu tidak ada kan?
Perpaduan di Indonesia melibatkan aspek bahasa? Itu kata saudara. Saya kira di Indonesia kurangnya perpaduan. Ini buktinya, peristiwa Ambon, mana perpaduannya? Umat Islam dibunuh, disembelih dan diperlakukan dengan teruk. Katakan aspek bahasa dapat menyatu padukan masyarakat sesungguhnya, maka tiadalah pertumpahan darah berlaku di Indonesia.
Saudara kata ingin kekalkan identiti bangsa dan sesuatu etnik. Pernah kah saudara dengar “Bahasa jiwa bangsa”. Dalam cabang kajian sosio-budaya, bahasa merupakan cabang budaya. Jika kita hapuskan bahasa, maknanya kita hapuskan bangsa. Bangsa adalah satu manifestasi budaya, jika kita mengganggu aspek budaya, dan menyentuh soal-soal sensitif sesuatu budaya maka kucar kacir akan berlaku.
Suadara kata, memandangkan masyarakat Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia, oleh itu terus mengangkat Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa-bahasa bangsa/etnik yang lain. Begini, mari kita letakkan saudara dalam situasi Melayu sebagai kaum minoriti, dan bahasa Melayu akan dihapuskan. Adakah anda tidak rasa tergugat dan tercabar. Adakah anda akan rasa tenteram? Duduk senang dan lenang? Jawapan yang pasti adalah di tangan anda.
Cadangan anda yang dilakukan melalui dasar pemerhatian. Saya percaya itu adalah pemerhatian saudara. Saya mengagumi saudara kerana mempunyai suatu daya pemikiran yang berpandangan jauh. Hasrat saudara murni, tetapi tidak kena gayanya.
Saya tidak nafikan aspek bahasa sebagai satu agen penyatuan dan perpaduan. Tetapi, ianya salah satu faktor di antara faktor-faktor utama untuk menyatupadukan bangsa. Ada faktor-faktor lain lagi, yang jika sama-sama kita usahakan,dapat menyatukan masyarakat. Seperti faktor kependudukan, faktor demokrasi, faktor “celebrating differences” dan banyak lagi.
Apa yang telah Malaysia lakukan adalah berada di atas landasan yang betul.. Kita jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan dalam masa yang sama mengekalkan bahasa ibunda mereka. Ini bermakna kita menghormati satu sama lain. Dan saya percaya aspek menghomati antara satu sama lain dapat memberi satu ruang perpaduan dan penyatuan. Jika, tanpa menghormati antara satu sama lain, mana mungkin kita dapat bersatu padu.
Marilah kita hidup bersatu padu!!!
Tidak lewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
biar jujur.Filem porno U.S pun multi racial. X caye? Black and white doing porno scene... why?? it's because same religion and language. In Malaysia this is not happen. Malay geli tgk india.
ReplyDeleteishk2..
ReplyDeletepenaakulan dan pengitlakan yang silap..
yuks..
kalau macam tue..
filem porno U.S yang ada adegan ngan anjing la..ngn kuda lar..So..depa tue same religion n same language ka..?
x kot..isy2 mat salleh kt amerika tue mmg pandai cakap bahasa anjing lar..sebab tue depa boleh bersatu..heheh..
what a nonsense!!..bila nafsu dan shaywat seiring..dan tiada agama sebagai pembimbing.. dengan batang balak pun JADI!
satu lagi fakta yg mengelirukan..yes they are from the same language but not from the same religion..cube saudara chatting ngn mat salleh yg nk sex kt internet tue..
pasti saudara setuju..depa tue tiada agama(atheis)..cuba tanya depa..christian x melarang ker wat bende x elok tue(seks)..depa akan jawab 'its my life..'
'are u not afraid of god?'
'nope, i doesn't believe in him!'
buatlah konklusi sendiri..
Saya nk tegaskan bahawa perpaduan di amerika adalah dari aspek pendemokrasian..sila faham..
satu lagi..tak kan lah org melayu(islam) nk wat seks ngn org lain..x kisahlah india ka?cina ka? melayu sendiri ka? selagi melayu(islam) berpegang teguh pada ajaran Nabinya..yakni Islam..x kan dia nk wat benda terkutuk tue..
apa mau cakap looo...
ReplyDeletegua olang mlayu pun cakap cina..
ini dia punya pasal looo...
xbikin satu bahasa..
lu pikir la sendili....
my name is x aphe...
Rohaizam Ahmad Reply:
ReplyDeleteAlahai saudara..
1. Macam orang putih kata "Look global, work glocal..".
“ini kepimpinan negara kita yang kata”
2. Rangkuman masa yang lama itu menghapuskan aspek segregasi bangsa.
“ Malaysia x mula lagi so masa pun x dicatat lagi.Maka kita kenalah bermula dari sekarang.”
3. Jika tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka mereka tidak mampu hidup.
“jika Malaysia dari dulu lagi guna bahasa melayu, bahasa lain pun x mampu hidup”
4. Adakah saudara tahu, tentang penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika amatlah sesuatu yang amat menyedihkan. Golongan kulit hitam, tidak boleh berkongsi tandas dengan orang kulit putih waima duduk semeja untuk makan, mereka bagaikan hamba.
”soal bahasa yang dibincangkan,bukannya warna kulit”
5. Boleh tak saudara senaraikan identiti apakah warga kulit hitam yang masih dikekalkan sehingga hari ini di bawah nama perpaduan selain warna kulit mereka? Tentu tidak ada kan?
“di Indonesia bangsa cina masih menyambut tahun baru cina, tapi mereka bertutur bahasa Indonesia”(rujuk youtube: keyword- Perayaan Imlek di Jakarta)”
6. Saya kira di Indonesia kurangnya perpaduan. Ini buktinya, peristiwa Ambon, mana perpaduannya? Umat Islam dibunuh, disembelih dan diperlakukan dengan teruk. Katakan aspek bahasa dapat menyatu padukan masyarakat sesungguhnya, maka tiadalah pertumpahan darah berlaku di Indonesia.
“kita berbincang dari segi bahasa, bukan agama”
7. Suadara kata, memandangkan masyarakat Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia, oleh itu terus mengangkat Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa-bahasa bangsa/etnik yang lain. Begini, mari kita letakkan saudara dalam situasi Melayu sebagai kaum minoriti, dan bahasa Melayu akan dihapuskan. Adakah anda tidak rasa tergugat dan tercabar. Adakah anda akan rasa tenteram? Duduk senang dan lenang? Jawapan yang pasti adalah di tangan anda.
”demokrasi adalah memilih melalui majority, dan kepentingan golongan majority di Malaysia kian terhakis.”
P/s: perubahan memerlukan pengorbanan. Banyak lagi artikel dalam blog ini yang boleh menimbulkan provokasi dan saling berkaitan.
Reply
ReplyDeletea.
Alahai saudara..
1. Macam orang putih kata "Look global, work glocal..".
“ini kepimpinan negara kita yang kata”
-erm..boleh tak bagi tahu siapa yang kata..? awak?
GLOCAL
a lil bit of explanation here..
Glocalisation (or glocalization) is a portmanteau word of globalization and localization.
By definition, the term “glocal” refers to the individual, group, division, unit, organisation, and community which is willing and able to “think globally and act locally.”
The term glocalization originated from within Japanese business practices. It comes from the Japanese word dochakuka, which simply means global localization.
Glocalization was popularized in the English-speaking world by the British sociologist Roland Robertson in the 1990s, the Canadian sociologists Keith Hampton and Barry Wellman in the late 1990s,[2] and Zygmunt Bauman.
adakah awak cuba menyeleweng fakta? kepimpinan macam awakla kami dambakan..dun forget next election..
b.
2. Rangkuman masa yang lama itu menghapuskan aspek segregasi bangsa.
“ Malaysia x mula lagi so masa pun x dicatat lagi.Maka kita kenalah bermula dari sekarang.”
-saudara..masa kemerdekaan aritu..ketiga-tiga bangsa, Melayu, India dan Cina bersetuju untuk merdeka..bebas dari penjajah..sapa kata Malaysia tidak mula lagi? dah mula dah..tapi pendekatan Malaysia tidaklah sesempit pemikiran saudara kerana menuntut bahasa kaum minoriti dihapuskan..hendak tukar Sains dan mMatematik dalam Bahasa Inggeris pun susah, tambahan lagi ditentang hebat oleh kaum-kaum minoriti yang menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah sbg bahasa pengantar, inikan pula hendak menggubah seluruh sistem budaya mereka.
c.
3. Jika tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka mereka tidak mampu hidup.
“jika Malaysia dari dulu lagi guna bahasa melayu, bahasa lain pun x mampu hidup”
-apa beza amerika dan malaysia?(merujuk kepada jawapan awak dalam persoalan ini)
pertama..mereka negara penjajah dan tidak pernah dijajah..
kedua..kita negara yang dijajah..
apabila orang kulit hitam(yang dibawa sebagai hamba ke amerika "lands of oppurtunity") tiba di sana, mereka perlu survival..kesemuaan mereka bekerja sebagai hamba di bawah orang kulit putih. Untuk hidup di rantau amerika yang berkuasa dengan perundangannya..
Pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) isu mengenai kedudukan orang kulit hitam di dalam Perlembagaannya.
Ketika Perlembagaannya dirunding, orang kulit hitam dianggap sebagai harta yang menjadi milik orang kulit putih. Justeru, dalam kes perhambaan di Amerika Syarikat (kes Dred Scott, 1857) Mahkamah Agung Amerika Syarikat tidak mengiktiraf orang kulit hitam sebagai pihak yang berkontrak ketika Perlembagaan itu dirundingkan. Keputusan berkenaan mencetuskan perang saudara yang akhirnya membawa kepada pindaan Perlembagaan Amerika Syarikat (Abdul Aziz Bari, 2008).
Jelas? dari aspek perundangan di atas, perang saudara memang pernah berlaku antara orang kulit hitam dan putih..tapi apakah penyelesaiannya? BAHASA?
TIDAK!!!
pindaan perlembagaan yang menjaminkan supaya tidak berlaku penindasan kaum di amerika..
takkanlah kambing masuk kandang lembu mengembik?
d.
4. Adakah saudara tahu, tentang penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika amatlah sesuatu yang amat menyedihkan. Golongan kulit hitam, tidak boleh berkongsi tandas dengan orang kulit putih waima duduk semeja untuk makan, mereka bagaikan hamba.
”soal bahasa yang dibincangkan,bukannya warna kulit”
-ni pelarian fakta..pada mula-mula lagi anda yang menyanjung amerika di atas aspek penyatuan dan membincangkan tentang keadaan kaum di amerika iaitu kaum kulit hitam dan kaum kulit putih yang hidup aman, harmoni di bawah naungan bahasa..
apa cite saudara? terlajak sampan bolehlah tarik..
samb.
ReplyDeletee.
5. Boleh tak saudara senaraikan identiti apakah warga kulit hitam yang masih dikekalkan sehingga hari ini di bawah nama perpaduan selain warna kulit mereka? Tentu tidak ada kan?
“di Indonesia bangsa cina masih menyambut tahun baru cina, tapi mereka bertutur bahasa Indonesia”(rujuk youtube: keyword- Perayaan Imlek di Jakarta)”
-persoalan saya masih lagi tidak dijawab..(mana identiti warga kulit hitam?)
tiba-tiba bagi jawapan yang lain..
saudara, apa kaitan satu padu dengan sambut tahun baru cina? sekali lagi saudara cuba merepek..
saudara nampaknya tidak jelas dengan penghujahan saudara sendiri, bangsa cina di indonesia sambut tahun baru cina sebab beragama buddha, rumpun melayu di indonesia yang beragama buddha pun sambut tahun baru cina di indonesia..apa kaitan bahasa..itu agama..tiada kaitan..
f.
6. Saya kira di Indonesia kurangnya perpaduan. Ini buktinya, peristiwa Ambon, mana perpaduannya? Umat Islam dibunuh, disembelih dan diperlakukan dengan teruk. Katakan aspek bahasa dapat menyatu padukan masyarakat sesungguhnya, maka tiadalah pertumpahan darah berlaku di Indonesia.
“kita berbincang dari segi bahasa, bukan agama”
-yang ni satu lagi saudara tidak faham...saya bertanya pada saudara..sebab saudara kata 'indonesia bersatu kerana faktor BAHASAnya'..kalaulah bersatu sgt2 di bawah faktor bahasa..mengapa peristiwa di Ambon masih lagi berlaku??? sepatutnya isu agama ka? kaum ka? etnik ka? status ka? tidak menjadi masalah di indonesia..kerana mereka telah bersatu di bawah naungan BAHASA..
g.
7. Suadara kata, memandangkan masyarakat Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia, oleh itu terus mengangkat Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa-bahasa bangsa/etnik yang lain. Begini, mari kita letakkan saudara dalam situasi Melayu sebagai kaum minoriti, dan bahasa Melayu akan dihapuskan. Adakah anda tidak rasa tergugat dan tercabar. Adakah anda akan rasa tenteram? Duduk senang dan lenang? Jawapan yang pasti adalah di tangan anda.
”demokrasi adalah memilih melalui majority, dan kepentingan golongan majority di Malaysia kian terhakis.”
-saudara masih lagi tidak menjawab persoalan saya.. saya kira, rasanya saudara tenteram dan tenang kalau bahasa saudara sendiri dihapuskan..
-pernyataan saudara di atas, ini satu lagi penulisan yang sia-sia. Mengapa saudara mengatakan bahawa kepentingan golongan majoriti di Malaysia kian terhakis, apa maksudnya?
-tidak dijelaskan dengan sejelasnya..
adakah isu-isu ekonomi yang meleset hingga menaikkan harga barang? kalau isu itu, bukan kaum majoriti sahaja yang terkena lempiasnya, kaum minoriti pun turut merasainya..
adakah isu-isu bahasa melayu dipinggrikan dengan menggantikan SN dan Math di dalam bahasa Inggeris? kaum minoriti pun tergugat bahasanya..
adakah isu-isu perbelanjaan government yang berlebihan, bukan sahaja kaum majoriti yang merasa, kaum minoriti juga merasainya..
apakah isunya?
tapi saya bersetuju dengan awak satu perkara, tentang kepentingan kaum majoriti terhakis. Ya! sememangnya berlaku..di perak, tentang "pemberian tanah selama 999 tahun.."
Ha!!! itu amat saya sokong awak..memang terhakis..
konklusi:
apa yang dapat saya simpulkan tentang awak adalah, awak seolah-olah mahu orang lain hidup dalam acuan yang awak reka sendiri, apa kata jangan bagi acuan tetapi sebaliknya, bagilah mangkuk yang besar dan sama-sama kita(kaum-kaum di malaysia) duduk, walaupun macam rojak, tetapi kita tetap bersatu di dalam mangkuk yang besar itu..
kalaulah semua orang ikut macam saudara, sudah pasti dunia aman..
p/s: perubahan memerlukan pengorbanan, tetapi bukan dengan mengorbankan bahasa etnik yang lain, tetapi kita perlu dengan mengorbankan diri untuk mengabaikan aspek-aspek perbezaan antara kita, dengan erti kata 'meraikan perbezaan' / 'celebrate differences'..
gaduhla korang kat int,,,smpi kiamat pon tak habis...hahahahahahaha
ReplyDeleteIni hali, kita mau blajar no satu...haha....
ReplyDeleteSatu impian, satu harapan, satu suara, satu Malaysia.
Mane satu bahasa looo... Gua talak faham knape x adew ini 'Satu bahasa' punya slogan..
Dlm lagu Bahasa Jiwa Bangsa ada menyatakan bahasa dpt menyatukan kita semua.
Jd, cmne la nk mewujudkan Satu Malaysia kalo xde SATU BAHASA...
- Pahlawan X aphe...
Anonymous said...
ReplyDeleteANTARA KABUR DAN DIKABURI...
Satu Malaysia...
CIMB= Cina India Melayu Ber$ATU...
Perpaduan..
Semua sama rata...
Baguslah warga Malaysia berpadu..
x
Tapi..
Lupakah kita akan hak keistimewaan orang Melayu...
Tanah ini dulunya Tanah Melayu..
Jangan kita kabur..
Hak tetap hak..Melayu jangan melayu..
betul2..
ReplyDeletesenang cakap macam nilahh... bahasa isyarat orang bisu aja yang best...sama2 mereka aja yang faham.. kesimpulannya...sama2lah kita jadi bisu....tak timbul istilah 'mengumpat'..mereka dihubungkan oleh satu bahasa iaitu bahasa isyarat..sebab 2 orang bisu boleh bersatu...tak caya??? cubalah try jadi bisu.. baru korang tau syoknya hidup dalam dunia yang membisu..................................................................................
ReplyDelete..............................................
yang duh gaduh 2 boleh terangkan dari mana anda???pakar bahasa ka????dah tulis berapa ribu buku tentang bahasa??dah dapat phD ka dalam bidang bahasa???kalau saya kata anda tue pun tak berapa faham erti sebenar bahasa macamana??? kenapa masa time exam tak dapat 100% dalam subjek bahasa????jawapannya...kita semua masih tak mengenali dengan lebih mendalam tentang bahasa kita. dan secara tidak langsung tak kenal dengan lebih dekat lagi dengan bangsa kita sendiri........sebab itu sekarang bangsa kita sendiri dah rosak......cakap pun macam tak ada bahasa... lagi2 dengan orang tua ..langsung tak ada budi bahasa.... oleh itu,,jgn salahkan orang lain kalau bahasa dan bangsa kita sendiri tidak dihormati...
ReplyDelete