Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Sunday, December 27, 2009

Keris 7 lekuk

1. apa ada pada keris jika tidak ada lekuknya
2. apa ada pada keris jika sumbang langkah pemainnya
3. keris hanya senjata biasa pada bangsa yang biasa
4. setiap lekukan keris menambah kesakitan
5. namun simbol pada bangsanya kian pudar.
6. dianggap perkauman bila bangsanya sendiri mengucup keris 7 lekuk

Wednesday, December 9, 2009

Kata Orang

1. kata orang - mereka yang menyelesaikan masalah diangkat sebagai wira berbanding mereka yang menyatakan masalah.
2. kata orang - mereka yang cepat bertindak dianggap baik berbanding mereka yang pandai berkata-kata.
3. kata orang - wanita dan lelaki yang menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai lebih dipandang tinggi didalam sesuatu masyarakat
4. kata orang - kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
5. kata orang - biar anak dibelikan kereta berbanding motosikal agar lebih selamat di jalan raya
6. KATA AKU - biar apa kata orang yang penting aku tahu diri aku

Nasi Minyak Hitam

1. kenduri kendara disana sini
2. daging lembu menjadi hidangan
3. nasi putih disaji bersama nasi minyak
4. pengantin tersenyum menanti malam
5. benda yang baik meramaikan umat
6. mendapat berkat sampai mati.

Kematian dan kehidupan baru

1. kematian satu keperluan untuk benda hidup
2. bila nak mati? susah untuk tahu kecuali kematian telah dirancang
3. setiap yang pergi mesti ada pengganti
4. kegembiraan yang diberikan masa lalu kini tinggal kesunyian
5. keredhaan perlu dalam melepaskan si mati
6. bila dah mati baru kita menghargai.

Thursday, December 3, 2009

Bahasa satukan bangsa 3

"Di Filipina, jangan harap hendak ada sekolah Cina atau India. Indonesia pun jangan harap, di thailand belajar guna bahasa Thailand, nama pun kena tukar, disini semuanya bebas,tetapi paling kurang, pergilah ke sekolah yang sama"

-Tun Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia, (Utusan Malaysia, Rabu,4 November 2009)

Monday, November 16, 2009

Cuti Sekolah

1. Anak kecil suka cuti sekolah
2. guru pun tidak kurangnya
3. guru cuti kerana tiada murid di sekolah untuk diajar.
4. masa bersama keluarga diisi sepenuhnya.
5. anak kecil kota mempersiapkan diri untuk ilmu masa hadapan.
6. anak kampung siapkan diri untuk kerjaya masa hadapan
7. bandar dan kampung jauh bezanya.
8. hanya mereka yang cekal mampu hidup di kota manakala mereka yang berani mampu hidup di kampung

Jodoh

1. Jodoh bukan bodoh
2. semanis gula pasti ada yang menghurungnya.
3. kecantikan paras rupa menjadi ukuran
4. budi pekerti soal kedua.
5. harta memang dituntut.
6. penceraian mesti berlaku untuk mengelak diri terseksa.
7. suka sama suka,cinta pandang pertama semua dah dilalui
8. mati, hidup dan jodoh telah ditentukanNya.
9. mengharap pada yang satu, berrcinta pada yang mahu.
10. Jangan gadaikan nafsu untuk mengisi kekosongan jodoh.

undang-undang

1.aku bersalah
2.aku ditahan
3.aku dihakimi
4.aku dijatuhkan hukuman.
5.aku dikenakan hukuman.
6.aku dilepaskan.
7.ada aku insaf?
8.manusia membuat undang-undang untuk menjaga hak masing-masing.
9.tanpa undang-undang porak peranda lah dunia.
10.undang-undang dilaksana jika ada wang untuk menyembunyikan udang di sebalik batu.

Monday, November 2, 2009

Anak kecil main api

1. api
2. kecil kecil jadi mainan,sudah besar suka dilawan
3. darah muda ibarat api sedang marak
4. jiwanya sentiasa bersemangat dan menyala
5. segalanya ingin dicuba
6. tanpa disedari semangat membara telahpun memusnahkan segalanya.
7. yang tidak bersalah menjadi bangsa,
8. yang bermaharajalela terus mengambil kesempatan.
9. adakah api punca segalanya? adakah api juga menjadi akhirnya?
10. usah biar bara di jiwa kembali menyala

-dudox

Thursday, October 29, 2009

Tisu Basah

1. sejarah manusia diisi dengan perbalahan
2. sesama bangsa berbalah.
3. dendam kerana cepat melatah
4. melatah apabila dicucuk
5. musuh suka sesama manusia bergaduh
6. tidak hairanlah negeri tidak aman dan makmur
7. teori islam sudah menebal, praktikal saja belum lagi
8. bangunlah,sedarlah bahawa api dipadam dengan air.
9. Roda berputar apabila bergerak, berhenti apabila kaku.

Bahasa Satukan Bangsa 2

"sistem ini (sekolah berlainan aliran) tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka(kaum cina,india dan sebagainya) sudah menjadi warganegara malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada disini sebahagian daripada mereka" Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Apa yang aku faham
1. hapuskan sjk(c) dan Sjk(t)
2. bahasa melayu dijadikan bahasa utama
3. Kaum lain perlu menerima keistimewaan melayu.
4. aku berfikiran sempit dan kolot kerana aku didik begini.

Monday, October 26, 2009

Seks, seksi, Seksualiti dan Seksa.


1.Sedapnya.

2.Nikmatnya.

3.Kenyangnya.

4.Mantap.

5.Puasnya.

6.Ahh.

7.Yeah.

8.Itu saja yang kita mahu dalam hidup.

9.Tapi pemikiran kita sempit.

10.Kalau kita berjaya, mesti semua perkataan diatas akan disebut.

11.Fikiran positif tidak akan hadir jika kita tidak berprasangka buruk

Wednesday, October 21, 2009

Fikir sebaliknya.


1.Abu berak dalam seluar.

2.Ali kencing ditangga.

3.Zubir makan nasi basi.

4.Kasim memaki Husin.

5.Ayam berak kapur.

6.Jika kita fikir sebaliknya kita tidak akan merasa geli atau jijik dengan situasi berikut.

7.Abu berak dalam seluar kerana dia masih seorang kanak-kanak yang tidak pandai bercakap.

8.Ali kencing ditangga kerana dia takut pergi ketandas seorang diri.

9.Zubir seorang fakir miskin sehinggakan beliau sanggup makan nasi basi.

10.Kasim memaki Husin kerana Husin meniduri isteri Kasim.

11.Ayam berak kapur kerana termakan kapur dalam bilangan yang banyak.

12.Fikir sebaliknya,maka dapatlah jawapannya.

Khinzir atau babi?


1.Babi

2.Kasar juga perkataan ini.

3.Khinzir.

4.Sunggur berbudi bahasa ini.

5.Apa beza Khinzir dan babi?

6.kenyataan boleh jawab dengan fakta.

7.Tapi Fakta dibuat oleh mereka yang sering Auta.

Monday, October 19, 2009

Pilihan Raya Kampus Badut Tersepit.


1. 1.Pilih lah yang mana anda suka.

2. 2.Kalau beruntung dapat balai raya.

3. 3.Tapi risau pula terpilih hantu raya.

4. 4. Undi aku tidak bermakna selagi mereka tiada kuasa.

5. 5. Pengemis dijalan pun boleh bercakap.

6. 6. Tidak berbeza dengan calon pilihan raya.

7. 7. Mahu berevolusi, ditakuti hidup terganggu.

8. 8. Biar aku terus begini tanpa dipakaikan bikini dimuka.

Makna 16 September 1963 bagi Tok Bomoh

1. Tok Bomoh tidak dilahirkan lagi.
2. Orang sibuk menyiapkan diri.
3. Tok bomoh tetap tidak dilahirkan lagi.
4. Hari Malaysia? Sabah,Sarawak,dan semenanjung telah disatukan.
5. Tok bomoh tetap tiada dalam perancangan ibubapanya.
6. Apa dia peduli! dia peduli masa sekarang.
7. Ada kalian dapat merasa susah?
8. Ada kalian merasa gembira pada tarikh ini?
9. Ada?
10. Jawapan tok bomoh, “ada aku kisah!!”
11. dia hanya fikirkan masa hadapan tanpa melihat masa belakang.
12. Tapi dia mengaku sejarah lampau adalah pengalaman dimasa hadapan.

Lakonan mantap abad ini

1. Corak didahi dibuat-buat.
2. Baju dicarik menunjuk keayuan
3. Dada didepa disuruh menyusu
4. Makan di suap mencari harta
5. Kerja didunia diabdi makanan
6. Hidup penuh lakonan,menjadi keseronokan untuk kepentingan.
7. Baik bila perlu, jahat bila jemu.
8. Makan sama makan, semua sama saja.

Tuesday, October 13, 2009

Provokasi Berani

1. Makna provokasi-
provokasi perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya.

2. Makna Berani-
~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya;

~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan;

memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orang-orang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab”, katanya dgn hati yg diberani-beranikan;

keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan;

pemberani sangat berani, orang yg sangat berani.

Think Outside of the BOX

1. makan guna mulut
2. bernafas guna hidung
3 pegang guna tangan
4. jilat guna lidah
5. tengok guna mata
6. tapi ada jugak yang cuba melawan hukum ni...
7. ikut sajalah, sebab kita dibesarkan dengan corak dan acuan yang sama.
8. susah kalau sepak guna tangan, tampar guna kaki..
9. Lumrah hidup untuk kita ikut apa yang normal.
10. tapi aku tertanya "think outside of the box" (Kata Pengarah)
11. tidak guna kita "think outside of the box"kalau kita tidak berani dan mendapat sokongan

Thursday, October 8, 2009

Setan,Manusia. (Devil,human)

1. aku ada kawan yang suka nyanyi lagu ni..
2. menarik sangat ke?
3. Aku pun cuba baca lirik ni.
4. aku harap ada orang yang bleh terasa seperti anjing di baling selipar bila menghayati lirik dibawah.
Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan dizaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya..

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan di canang melata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini.
Walaupun hidup ditengah laman
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah dijalanan

5. kita ni manusia dan bukan setan.

Monday, October 5, 2009

Masalah Kewangan "financial Crisis"

1. Gaji rm 100
2. beli kereta rm 50
3. beli perabot rm 20
4. beli rumah rm 50
5. duit keluar = rm 120
6. tapi duit masuk cuma rm 100
7. ukur baju dibadan sendiri.
8. kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
9. tapi sebaliknya..pencapaian diutamakan duit rakyat didahulukan.
10. bila dah duit berkurangan mulalah perkenalkan dasar yang menyusahkan orang!!!
11. Pandulah kereta formula satu anda untuk menuju ke zaman kejatuhan anda dengan lebih cepat

Sunday, October 4, 2009

Merangkak

1.berbaring dan meniarap kita bersama
2, pernah dahulu kita merangkak sebelum berjalan.
3. bila dah berjalan kita tidak merangkak lagi
4. langkah kita makin laju.
5. tapi satu hari nanti kita akan merangkak semula
6. dan akan meniarap juga
7. berbaring di akhirnya.
8. kaku dibungkus tanah menimpa.
9. kita tidak sedar masa berlalu.
10. masa sentiasa berputar
11. "hidup umpama roda" kata mereka
12. apa kita buat pada mereka, mereka akan buat pada kita
13. Itulah apa aku faham jika hidup ini bagai roda.

Wednesday, September 30, 2009

Bahasa Satukan Bangsa

1. Rakyat Indonesia bersatu kerana bahasanya.
2. Negara Amerika, Britain, Australia bersatu kerana bahasanya
3. Malaysia tidak bersatu kerana tidak sama bahasanya.
4. Apa yang unik bila bahasanya seperti rojak?
5. Gunakan satu bahasa di Malaysia untuk satukan rakyatnya.
6. Kekalkan Bangsa dan etnik tapi ubah bahasanya.
7. Memandangkan majoriti rakyat malaysia adalah melayu, maka hapuskanlah bahasa lain di negara ini.
8. Hapuskan sjk(c), Sjk(t) untuk jadikan malaysia satu!!!
9. Mulakan dari sekolah rendah untuk kesan berpanjangan
10. Cadangan ini dibuat berdasarkan perhatian.
11. jarang rakyat afrika di US bercakap bahasa mereka disana.
12. Jarang bangsa cina bercakap bahasa mereka di indonesia.
13. Di Malaysia bila lagi??
14. Aku menunggu walaupun ada yang mati kerana isu ini.
15. Jika Prinsip Satu Malaysia dipegang, kajilah hal ini.
16. Maaf terbuka dari aku kerana bersikap prejudis.

Kuasa "POWER"

1. menjadi lumrah manusia berebut kuasa
2. yang lemah ditindas
3. yang miskin diketepikan
4. orang yang bela lembu lebih memahami sifat lembu daripada orang yang bela kambing
5. dengan kuasa yang lebih maka datanglah tanggungjawab yang berat
6. 1000 rakyat=1000 kemahuan+1000 pendapat+1000 keegoan

Monday, September 28, 2009

Raya

1. selamat hari raya
2. bergembira tanpa kesedihan
3. bersatu dihari raya
4. bermaafan dihari raya.
5. insyaallah akan berkekalan.

Tuesday, September 15, 2009

Revolusi "revolution"

1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata:

2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb; ~ mental revolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh;

3. berevolusi mengadakan revolusi;

4. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat).

P/S: menjatuhkan maruah orang hanya mengambil masa yang singkat, membina peribadi seseorang mengambil masa berpuluh tahun.

Pemimpin di PIMPIN

1. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:
2. Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
3. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
4. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
5. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
6. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya.
7. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin.

Sunday, September 13, 2009

"blind" Buta

Ciri-ciri orang buta yang celik:

1. sudahla buta pekak pulak tu
2. celik bila melihat kejahatan, buta bila melihat kebaikan.
3. orang jauh pijak semut ditegurnya,orang dekat pijak kepala ditunduknya.
4. menilai orang lain cukup pandai, tapi dia sendiri buta. Bolehkah dia menilai??
5. biarlah kita cacat penglihatan daripada kita buta.
6. Celikkan mata untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum butakan orang lain.

P/s: konsep buta adalah luas. Bukan hanya buta mata!!!!

Saturday, September 12, 2009

Kebebasan "FREEDOM"

1. mereka ingin bebas.
2. bebas bersuara.
3. bebas mendengar
4. bebas melihat
4. bebas kemana sahaja.
5. bebas melakukan apa saja.

Makna lain "bebas" adalah "merdeka"
Free+dom= FREEDOOM

Friday, September 11, 2009

"Patriotisme"

Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya. "malcom X"

Thursday, September 10, 2009

Malaysia dan Indonesia

1. Terasa terpanggil untuk menulis kerana melihat perkembangan terkini hubungan indonesia dan malaysia.
2. Agak Kecewa dan hampa.
3. Kerana atas alasan "tarian" kita berantakan
4. Kita berkongsi sama agama rasmi. Islam.
5. Bahasa kita saling memahami.
6. Biar pun kita cintakan negara, jangan jadikannya alasan.
7. "Sweeping" Malaysia lebih kurang sama dengan "Ganyang" Malaysia.
8. Dendam lama diungkit menaikkan kebencian.
9. Rakyat Indonesia lebih tinggi semangat patriotiknya berbanding Malaysia.
10. Rakyat Malaysia hidup mewah maka mereka lupa sejarah.
11. Bangkit Malaysia, bangkit Indonesia.
12 Jadikan faktor agama dan bangsa kita sebagai pegangan.
13. "Syaitan: gembira melihat kita sedang celaka.
14. Aku kecewa.

Wednesday, September 9, 2009

"I am MALAY" (Aku Orang Melayu)

Ini adalah apa yang aku tahu tentang MELAYU.

1. Melayu adalah satu bangsa yang kecil
2. Melayu adalah Islam
3. Melayu suka mengalah,bertolak ansur,hidup bersopan santun dan baik hati disebabkan ajaran agamanya.
4. Melayu rajin bercakap, malas melaksanakan. Ada idea tapi tiada usaha.
5. Melayu hebat jika diberi subsidi.
6. Melayu khianat jika Melayu dikhianati

Maka aku mengaku aku MELAYU dan Aku Bangga Jadi Orang Melayu.

Tazkirah:

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara."

1.Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi.