Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Sunday, June 27, 2010

Buncit Kekenyangan

1. Menjadi isu apabila yang berkuasa berperut buncit.
2.Menjadi isu apabila yang kurus dikatakan tahi dadah.
3. Menjadi isu apabila yang pandai memijak yang bodoh.
4.Menjadi isu apabila yang lemah ditindas.
5. Apa guna semua isu ini diperbesarkan?
6. Engkau malas berusaha tapi rajin membangkang.
7. Engkau berprasangka buruk kerana engkau tidak berada sealiran dengannya.
8. Bergaduhlah.
9. Sedangkan sejak zaman berzaman lagi keturunan kita berbunuhan.
10. Engkau memberi aku menerima, aku memberi engkau mengata.

Sunday, May 30, 2010

Tetikus dan Tikus

1.aku menekan butang diatas kepala mu.
2.mengharap sesuatu dengan jari telunjukku.
3.engkau menurut membabi buta.
4.mudah bagi ku bekerja denganmu.
5.Mudah jika aku mempunyai pengikut seperti tetikus.
5.tapi apabila engkau menjadii tikus,
6.aku takut di perbaiki sepertimana engkau memperbaiki labu.
7.engkau bekerja ketika ku lena.
8.engkau mencari apa yang ku tidak cari.
9.kerana engkau sanggup mengotorkan diri demi kepentingan diri..

Tuesday, April 20, 2010

Lompat

1. katak melompat, khinzir merangkak.
2. beruk melompat kerana kepanasan.
3. engkau melompat kerana takut.
4. melompat ke sana- sini kerana kesenangan di masa depan.
5. sedarlah engkau umpama binatang yang suka melompat sambil menikam.

Pembelot

1. Dulu kita sama jalan.
2. Berperang, berjihad, bermandi darah kita bersama.
3. Tapi sayang kau menyimpang di simpang empat.
4. Aku tetap teruskan kerana aku tahu kau menyimpang kerana wang.
5. Kau membelot kerana ingin membolot.
6. Aku akan kedepan selagi aku belum berkuasa.

Tuesday, February 16, 2010

Pulau Kelapa

1. Dahulu pulau itu tempat kita bermain
2. Dahulu pulau itu tempat rezeki kita
3. Dahulu pulau itu rumah kita
4. Sekarang kita dipulau dari pulau itu
5. Dihalau sinis berlari kengkang
6. Salah kita kerana biarkan mereka ke sini tanpa cabaran
7. toleransi baik untuk mereka buruk untuk kita
8. jangan pentingkan orang lain sebelum kita.
9. nescaya kita merempat di bumi sendiri.

Tuesday, January 26, 2010

Guru kepada robot

1. aku guru kepada robot
2. disuruh salin mereka salin
3. disuruh diam mereka diam
4. aku merotan mereka menonggeng
5. aku menampar mereka menadah
6. aku bangga jadi guru kepada robot
7. robot itu bodoh,tidak bernyawa, tiada perasaan.
8. aku biarkan mereka bisu agar tugasku lancar.
9. aku menyekat kebebasan mereka agar aku lebih bebas.
10. aku lah guru hebat kerana aku belajar dari seorang guru yang lebih hebat dari ku

Aduan diterima

1. mengadu kepada pengambil aduan memang mudah
2. aduan dibuat di atas aduan orang lain
3. mengadu dari yang tidak mampu kepada yang mampu
4. berubah tidak juga kerana pengambil pengadu perlu mengadu sekali lagi
5. tingkat demi tingkat aduan menaik
6. makin tinggi tingkatnya makin kurang aduannya.
7. mengapa pemerintah perlu di tingkat atas untuk menerima aduan?
8. pasti tidak mahu badan dibau najis si pengadu kerna udara di atas lebih suci dari dibawah