Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Monday, April 4, 2011

BODOH,SIAL,BANGANG

1. 1. Selalunya ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara.

2. 2. Namun diri ini di negeri orang cuba menyesuaikan diri.

3. 3. Sapaan pembuka bicara dengan ungkapan Bodoh, Sial, Bangang menjadi kebiasaan.

4. 4. Mungkinkah ini buktinya kekerasan teruna sekeras keris Hang Tuah.

5. 5. Duduk sebatu sudah menyapa Bodoh, Sial, Bangang.

6. 6. Risau jika mati sambil mengucap Bodoh, Sial, Bangang.

7. 7. Aku memerhati kerana selalu menjadi pemerhati

8. 8. Di negeri orang kaku bersuara hidup bersendiri.

PK (pemikiran kolot)

1. 1. Pemikiran Kolot (PK)

2. 2. Pemikiran kolot selalu mengawal aku

3. 3. Mengunci minda ku ini daripada mengembang

4. 4. Aku turuti kerana diri ini sungguh kecil

5. 5. Jangan mengharap akan terus begini.

6. 6. Melarikan diri cuba bersendiri

7. 7. Mencari jalan mengelak daripada mu

8. 8. Terasa tenang ilmu dicurah mengalir deras

9. 9. Engkau Pemikiran Kolot (PK) pergilah jauh daripada ku ini.

Aku masih seorang budak

1. 1. Aku ini budak baru

2. 2. Baru merangkak mencapai bucu meja

3. 3. Baru ku capai tapi ditiarapkan semula.

4. 4. aku mencuba lagi dengan penuh harapan.

5. 5. Namun aku disanggah bagaikan melakukan satu dosa

6. 6. Menangis di hati di mata memerhati.

7. 7. inikah satu usaha yang boleh aku Berjaya?

8. 8. Aku tahu, untuk menjadi yang lama aku mesti bermula dengan baharu.

9. 9. Tapi yang lama itu kolot kerana ini zaman aku.

10. 10. Zaman baharu seba laju.