Tanah Tumpahnya Darahku

Tanah Tumpahnya Darahku

Sunday, December 27, 2009

Keris 7 lekuk

1. apa ada pada keris jika tidak ada lekuknya
2. apa ada pada keris jika sumbang langkah pemainnya
3. keris hanya senjata biasa pada bangsa yang biasa
4. setiap lekukan keris menambah kesakitan
5. namun simbol pada bangsanya kian pudar.
6. dianggap perkauman bila bangsanya sendiri mengucup keris 7 lekuk

Wednesday, December 9, 2009

Kata Orang

1. kata orang - mereka yang menyelesaikan masalah diangkat sebagai wira berbanding mereka yang menyatakan masalah.
2. kata orang - mereka yang cepat bertindak dianggap baik berbanding mereka yang pandai berkata-kata.
3. kata orang - wanita dan lelaki yang menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai lebih dipandang tinggi didalam sesuatu masyarakat
4. kata orang - kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
5. kata orang - biar anak dibelikan kereta berbanding motosikal agar lebih selamat di jalan raya
6. KATA AKU - biar apa kata orang yang penting aku tahu diri aku

Nasi Minyak Hitam

1. kenduri kendara disana sini
2. daging lembu menjadi hidangan
3. nasi putih disaji bersama nasi minyak
4. pengantin tersenyum menanti malam
5. benda yang baik meramaikan umat
6. mendapat berkat sampai mati.

Kematian dan kehidupan baru

1. kematian satu keperluan untuk benda hidup
2. bila nak mati? susah untuk tahu kecuali kematian telah dirancang
3. setiap yang pergi mesti ada pengganti
4. kegembiraan yang diberikan masa lalu kini tinggal kesunyian
5. keredhaan perlu dalam melepaskan si mati
6. bila dah mati baru kita menghargai.

Thursday, December 3, 2009

Bahasa satukan bangsa 3

"Di Filipina, jangan harap hendak ada sekolah Cina atau India. Indonesia pun jangan harap, di thailand belajar guna bahasa Thailand, nama pun kena tukar, disini semuanya bebas,tetapi paling kurang, pergilah ke sekolah yang sama"

-Tun Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia, (Utusan Malaysia, Rabu,4 November 2009)